Advertisement

Kisah Nabi Muhammad SAW akan difilemkan?

Click Me Betul ke ni?

Kisah Nabi Muhammad akan difilemkan



DOHA: Sebuah syarikat media Qatar kini dalam peringkat perbincangan dengan penerbit filem The Lord of the Rings dan The Matrix untuk menerbitkan filem kisah Nabi Muhammad (SAW).

Syarikat Almoor Holdings berkata semalam, ia bertujuan menerbitkan filem berbahasa Inggeris untuk lebih 1.5 bilion umat Islam seluruh dunia.

Penggambaran filem yang menelan belanja AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion) itu dijangka bermula pada 2011 dengan Barrie Osborne sebagai penerbitnya.

Menurut syarikat berkenaan, perbincangan mengenai filem itu yang tidak akan menunjukkan gambar Rasulullah (SAW), diadakan dengan beberapa studio, agensi mencari bakat dan pengedar filem di Amerika Syarikat dan Britain.

Syarikat itu melancarkan dana filem antarabangsa berjumlah AS$200 juta (RM683 juta) Sabtu lalu untuk melabur dalam projek perfileman.

Menurutnya, ia berhasrat menarik ‘bakat terbaik antarabangsa’ untuk membintangi filem itu. - Reuters

Click Me Jangan sabotaj atau etc sudah~

Wasssalam,
SahabatMusleem
Kisah Nabi Muhammad SAW akan difilemkan? Kisah Nabi Muhammad SAW akan difilemkan? Reviewed by Julia Tarmidi on 3:42:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.