Advertisement

Istikharah Dalam Memilih Jodoh

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Click Me~ Selamat pagi semua~

Isnin 9 November 2009 bersamaan dengan 21 Zulkaedah 1430H. Dah hari Isnin, minggu kedua dalam bulan November. Kejap je kan masa berlalu. Dah tak lama dah nak masuk tahun 2010. hm~ Click Me~ Walau apa pun, kita tetap perlu teruskan kehidupan. Berdua` semoga kita sentiasa berada dibawah berkat dan kasih sayang Allah SWT, ameen.

Hari ni, dengar² cerita [plan] ofis saya nak kemas² dah. Nak angkut barang ke Subang~ Click Me~ Adoii. Dah nak pindah ni. Minggu ni la, busy² untuk pindah ke sana. Kemungkinan besar, Rabu ni dah kena beroperasi kat sane~ Click Me~ Lecehlah, sebab jauh nanti saya nak pergi keje. Selama ni, dekat je. Click Me~ Click Me~ huh! Tapi nak buat macamane. Dah kita makan gaji dengan diorang. Nak tak nak, kenalah ikut je ke sana. Semoga dipermudahkan segala urusan saya, ameen~ [Kalau boleh, tak naklah pindah umah. Click Me~ huh!] End~

Ok, pagi ni. Saya ada satu artikel yang agak menarik bagi saya dan mungkin pada semua untuk dikongsi. Click Me~ he~ Click Me~ Jom kita baca, semoga bermanfaat. Insya`Allah.

Istikharah Dalam Memilih Jodoh

Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini. Habis~

Click Me~ Aahkan, betul betul betul. Dalam apa jua pun, kita mesti kena kaji selidik dahulu~ Click Me he.

Wassalam,
SahabatMusleem
Istikharah Dalam Memilih Jodoh Istikharah Dalam Memilih Jodoh Reviewed by Julia Tarmidi on 8:24:00 AM Rating: 5

5 comments:

  1. Betul sangat tuh! Tahniah kerana dapat berikan cadangan yang paling bagus buat kawan awak..... TIDAK AKAN MENYESAL ORANG YANG BERISTIKHARAH....

    ReplyDelete
  2. salam...
    solat istikharah adalah satu amalan yang begitu istimewa yang dianjurkan oleh Nabi saw bagi menyelesaikan masaalah yang begitu sukar.

    Saya telah melaksanakan solat istikharah ini setelah ada org yg datang melamar,alhamdulillah rumahtangga yg kami bina sentiasa di rahmati oleh Allah swt walaupun kami hanya mengenali hati budi masing-2 setelah sah bergelar suami isteri.

    ReplyDelete
  3. salam.. posting yang ringan tapi sangat bermanfaat. :)

    ReplyDelete
  4. salam, post yg menarik, sy mtk izin nk publish post ni ek..=)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya sedang istikharah :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.