Advertisement

Hukum Solat Memakai Baju Lengan Pendek atau Melipat Lengan Baju [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Khamis 5 November 2009 bersamaan dengan 17 Zulkaedah 1430H. Click Me~ Alhamdulillah, syukur kita pada Allah SWT. Sahabat semua apa khabar? Diharap semuanya sentiasa berada dalam keadaan sihat, Insya`Allah. Click Me~ Dan berdua`lah semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan-Nya, ameen~

Click Me~ Pagi ni, jom kita tinjau² info yang penting bagi kita. Semoga bermanfaat, Insya`Allah.

Hukum solat memakai baju lengan pendek atau melipat lengan baju

Maka jawabnya tidak ada sebarang hadis yang menyatakan hukum memakai lengan pendek, ini hanyalah adab-adab solat. Yang paling afdol solat dengan berlengan panjang.

Sebab itu setengah pendapat-pendapat yang mengatakan makruh itu bukan daripada nas, itu hanyalah pandangan dari tok2 guru kita yang menitik beratkan adab, yang memakai lengan pendek itu tidak menyalahi peraturan sebenarnya Cuma adab-adab solat, lebih elok berlengan panjang.

Tidak ada ulama’ yang fatwa haram atau tidak sah solat bila berlengan pendek, bahkan ada di kalangan sahabat yang tidak memakai baju Cuma meletakkkan kain di atas bahu.

Berkaitan dengan berlengan panjang tapi melipatkannya pula menjadi lengan pendek semasa solat, maka jawabnya ini pendapat ulama’- ulama’ mengatakan makruh kerana qias dengan hadis mengikat rambut semasa solat. Nabi bersabda “siapa yang solat hendaklah dia melepaskan ikatan rambutnya”. Supaya semasa kita sujud, rambut itu tidak terikat kerana rambut itu juga mahu sujud sama, kata Rasulullah rambut- rambut ini ingin sujud juga, jadi bila diikat rambut itu, rambut tidak dapat bergerak , seolah-olah kaku.

Nabi tidak sebut mengenai melipat lengan baju jadi ulama’ qias dengan hadis ikat rambut itu dengan mellipat lengan baju semasa solat, jadi ulama’ kata bila kita solat lengan baju ini dilipat jadi lengan baju tidak bergeraklah.

Sebaiknya semasa mahu solat dibuka lipatan lengan baju itu.

Sumber: Akhi Al-Azhar Ad-Din

Wassalam,
SahabatMusleem
Hukum Solat Memakai Baju Lengan Pendek atau Melipat Lengan Baju [Info] Hukum Solat Memakai Baju Lengan Pendek atau Melipat Lengan Baju [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 9:40:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Sangat bermanfaat perkongsian ilmu diatas...
    mari sama2 kita tambah ilmu kita lagi dlm bab melipat pakaian ketika solat ni...

    http://ibnualjufri24.blogspot.com/2012/07/hukum-melipat-pakaian-ketika-solat.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.