Advertisement

Hukum Pakai Baju Sutera [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum pakai baju sutera

Maka jawabnya memakai sutera haram atas laki-laki dan halal atas perempuan. Jika berani kata halal memakai sutera atas laki-laki maka dia telah berani meminda-minda hukum di dalam Islam. Sabda Nabi SAW , “akan ada kemudian pada zaman aku nanti, satu golongan daripada manusia, umat aku ini, mereka berani menghalalkan arak dan sutera”.
Nabi SAW angkat sutera pada tangan kanan baginda dan bersabda “ Sutera ini haram atas umat aku yang laki-laki dan halal atas umat aku yang perempuan”.

Maka hanya halal ke atas perempuan memakai sutera sehingga boleh juga dijadikan kain kapan, tidak bida’ah kerana kain kapan itu adalah yang afdal (afdal, bukan wajib) ialah kain pakaian yang dia suka pakai ketika hidup, tidak semestinya kain putih.

Jika yang bercampur maka janganlah banyak sutera, sedikit-sedikit dimaafkan.

Sumber: Al-Azhar Ad-Din
Hukum Pakai Baju Sutera [Info] Hukum Pakai Baju Sutera [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 8:36:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.