Advertisement

Hukum Duduk Bersandar Pada Tiang atau Dinding Masjid atau Surau

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين



Click Me~ Alhamdulillah dan selamat pagi semua~

Click Me~ Bersyukur kita pada Allah SWT, kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk kita teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ni. Khamis 12 November 2009 bersamaan dengan 24 Zulkaedah 1430H.

Dah makan ke tu? Click Me Harap dah~ he. Click Me~ Sarapan itu penting. Padahal sebelum ni, saya pun tak suka makan pagi. Sebab takut, perut ni bermasalah. Click Me~ End~

Khamis dah pun hari ini. Kejap giler masa berlalu. Dengar² hari ni, keluar cerite Kiamat 2012 kat pawagam. Click Me~ Hish. Sesungguhnya Hari Kiamat itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Astaghfirullah~ Click Me Pasnilah, nak post artikel tu. hm

Oklah, taknak mengarut panjang². Jom kita baca artikel seterusnya. Semoga bermanfaat, Insya`Allah.

Hukum Duduk Bersandar Pada Tiang atau Dinding Masjid atau Surau

Maka jawabnya boleh kerana ada sahabat Nabi S.A.W. yang bersandar, yang tidak bolehnya apabila kita melunjurkan kaki atau meluruskan kaki kita itu kehadapan apabila kita sedang duduk sehingga menyebabkan orang tidak dapat duduk atau beribadat kerana kaki kita itu. Duduk yang paling afdol sunnah Nabi S.A.W. ialah duduk tahiyyat awal, duduk yang makruh ialah apabila kita angkat lutut dua kaki kemudian dipeluk kaki itu maka duduk seperti ini adalah makruh.

Bersandar sebab letih adalah boleh kerana ada sahabat yang solat dalam keadaan bersandar.Yang tidak bolehnya apabila menjadikan adab apabila masuk sahaja masjid terus cari dinding untuk bersandar, jadi kalau nak bersandar hendaklah kerana terlalu lenguh atau letih, janganlah jadikan bersandar di dinding atau tiang masjid sebagai adab apabila berada di dalam masjid.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Wassalam,
SahabatMusleem
Hukum Duduk Bersandar Pada Tiang atau Dinding Masjid atau Surau Hukum Duduk Bersandar Pada Tiang atau Dinding Masjid atau Surau Reviewed by Julia Tarmidi on 8:45:00 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.