Advertisement

Bolehkah Bunuh Katak? [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Bolehkah jika kita membunuh seekor katak kerana ingin membuat pembedahan ke atasnya sebagai pembelajaran sains? Apakah hukumnya?

Maka jawabnya haram, tidak boleh kerana katak ini adalah daripada haiwan yang dihormati oleh syara’.

Haram membunuh katak maka muafakat ulama’, haram makan katak kerana jika mahu makan katak perlu dibunuh dahulu berdasarkan hadis yang soheh dalam beberapa riwayat. Jadi pembedahan untuk pelajaran ini tidak terhenti pada katak, masih ada haiwan lain yang tidak dihormati syara’ yang boleh dijadikan untuk pembedahan.

Jika masih juga dibuat pembedahan ke atas katak untuk tujuan ilmu sekalipun tetap tidak boleh melainkan tiada ganti untuk dijadikan pembedahan maka diharuskan, selagi ada ganti dengan haiwan lain maka tidak boleh. Jadi bila sudah buat, tindakannya bertaubatlah.

Sumber: Al-Azhar Ad-Din
Bolehkah Bunuh Katak? [Info] Bolehkah Bunuh Katak? [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 8:31:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.