Advertisement

Berdua`, Tolak Bala [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Pernah kita lihat ada orang yang terbalikkan tangannya semasa berdoa sebagai tanda menolak bala, adakah amalan ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.?

Maka jawabnya berlaku 2 persoalan dalam masalah ini, yang pertama pernahkah Nabi S.A.W. terbalikkan tangan semasa sampai pada ayat doa untuk menolak bala? Dan persoalan yang kedua, adakah dibolehkan terbalikkan tangan sebagai isyarat untuk menolak bala? kerana ada perkara yang Nabi S.A.W. tidak buat tapi kita boleh buat. Contohnya mengundi ketika pilihan raya, zaman Nabi S.A.W. tiada mengundi seperti pilihan raya sekarang ini, jadi waijb atau tidak kita mengundi? Maka jawabnya hukum mengundi adalah wajib. Ana bagitahu ini kerana ada orang yang berkefahaman atau berfikir kalau Nabi S.A.W. tak buat kita tak boleh buat. Kita sekarang kena belajar, jangan ikut orang sahaja, ada perkara Nabi S.A.W. tak pernah buat tapi kita boleh buat.

Mengenai persoalan ini terbalikkan tangan ini, jadi jawabnya satu sahaja yang datang dari hadis sahih, Nabi Muhammad S.A.W. terbalikkan tangannya HANYA ketika peristiwa solat istiyshqot iaitu solat minta hujan (boleh rujuk sahih muslim dan kitab seumpamanya) kerana kemarau terlalu teruk waktu itu, maka apabila sampai separuh doa, Nabi Muhammad S.A.W. telah terbalikkan tangan terang-terang atau jelas-jelas di hadapan sahabat iaitu bahagian zahir tangan itu menghadap ke langit (maksudnya tapak tangan iaitu yang berwarna putih menghadap ke bawah dan bahagian belakang tangan menghadap ke langit iaitu ke atas).

Jadi melalui peristiwa ini, afdal ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dalam solat istisyhqot, semasa berdoa apabila sampai sahaja pada ayat doa untuk minta tolak bala maka terbalikkan tangan sebagai isyarat menolak bala.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Wassalam,
SahabatMusleem
Berdua`, Tolak Bala [Info] Berdua`, Tolak Bala [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 9:12:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.