Advertisement

Arak [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين



Arak haram diminum walau setitik sekalipun haram kerana tujuan dijadikan arak itu untuk menghilangkan kawarasan akal, memabukkan, seronok dan sebagainya.

Yang boleh minum sedikit tidak memabukkan ialah benda yang asal dibuat bukan untuk memabukkan maka boleh minum jika tidak kadar mabuk jika kadar mabuk maka haram.

Tetapi minuman yang asalnya bukan untuk memabukkan harus tapi bila minum banyak maka haram, kalau minum sedikit maka diambil hukum asal iaitu harus. Contohnya air sirap, air sirap bukan minuman yang dijadikan untuk memabukkan jadi tidak mengapa minum segelas, 2 gelas, 3 gelas atau seumpamanya yang dalam kadar yang sedikit maka tidak haram tapi kalau minum dalam kadar yanag banyak contohnya minum sehingga 100 gelas sehingga membawa kepada mabuk maka jadilah haram.

Sama juga benda yang suci, diminum sedikit tidak mabuk, diminum banyak mabuk. Benda yang suci diminum sedikit halal apabila diminum banyak jadi mabuk, jadi haram. Contohnya ubat batuk yang pada asalnya suci, halal diminum sedikit tapi bila diminum banyak menjadi mabuk maka haram.

Ulama’-ulama’ telah sepakat bahawa arak ini adalah ibu segala yang keji-keji.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Wassalam,
SahabatMusleem
Arak [Info] Arak [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 9:27:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.