Advertisement

Air Mata Nabi Adam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Click Me~ Selamat tengahari semua~

Rasa macam lama dah tak online. Biaselah sekarang busy dengan opis baru. Opis sibuk² pindah ni. Server, tenet semua tak OK lagi. Entah bile nak OK. Click Me~ Mungkin minggu depan kot, Insya`Allah. Tapi yang tak bestnye, dengar² cerite. Internet kat opis baru ni, terhad. Boleh buka hanya berkaitan dengan kerja je. Benda² lain seperti YM, Yahoo Email dll dah tak boleh dah. Click Me~ Adoi~ Terpaksalah bawak broadband sendiri. End~

Khamis, 19 November 2009 bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1430H. Kejap je kan masa berlalu. Hm, tanpa buang masa jom terus ke artikel. Click Me~ Semoga bermanfaat, Insya`Allah.

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Wassalam,
SahabatMusleem
Air Mata Nabi Adam Air Mata Nabi Adam Reviewed by Julia Tarmidi on 12:27:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.