Advertisement

Menangislah Saudaraku..


Menangislah Saudaraku..

Saudaraku, cubalah sekali-kali meluangkan waktumu untuk menangis kerana Allah, kerana menangis yang demikian dapat meningkatkan imanmu dan sangat baik untuk kesihatan jiwamu. Menangislah kerana dosa² yang pernah kamu lakukan atau menangislah karena kurangnya ibadah dan rasa syukurmu sedangkan begitu banyak nikmat² yang telah diberikanNya kepadamu.

Atau menangislah kepada Allah kerana cintamu kepadaNya yang telah memberikan hidayah kepadamu sehingga kamu dapat merasakan manisnya keimanan dan nikmatnya beribadah kepadaNya. Atau menangislah dengan mengingat betapa air matamu dapat menyelamatkanmu dari jilatan api neraka. Kalau itu pun tidak bisa, maka tangisilah dirimu mengapa tidak bisa menangis.

Saudaraku, menangis kerana takut dan cinta kepada Allah itu dapat melapangkan dadamu, dapat mengurangi beban² yang menghimpitmu dan juga dapat melembutkan hati yang tadinya keras.

Saudaraku, ramai orang menyangka bahawa menangis itu menunjukkan sifat lemah dan lembik, sehingga mereka malu untuk menangis. Hal ini adalah benar jika kita menangis dan menghiba untuk meminta belas kasihan manusia, namun jika kita menangis dan menghiba untuk meminta belas kasihan Allah maka hal ini sifat yang terpuji dan dicintai Allah.
Menangislah Saudaraku.. Menangislah Saudaraku.. Reviewed by Julia Tarmidi on 11:16:00 AM Rating: 5

3 comments:

  1. betul.. betapa besarnye pbezaan bila kita menangis kerana Allah dan ketika sedih ditimpa musibah..
    stp titisan air mata tu yg mncuci setiap daki2 mati kt hati ni..

    ReplyDelete
  2. asalamualikum...sbtkuleem...sesungguhnya kesalahan kita terhadap Allah lah yang sebenar-benar kita perlu kikis..detik ini hiba jiwaku masih..terasa..atas ketakutanku terhadap dosa padaNya juga pada manusia disekelilingku...paparan ini menyentuh hati..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.