Advertisement

Menampal Ayat Suci di Kereta [Info]


Menampal Ayat Suci di Kereta

Soalan:
Ayat suci Al Quran memang diketahui ramai tidak boleh dibawa ditempat-tempat yang tertentu. Soalan saya apakah berdosa jika kita menampal ayat suci itu dicermin kereta dan secara tidak langsung terkena air kotor atau tahi burung dan sebagainya walaupun tidak kena tepat kerana dibatasi cermin tadi?

Jawapan:
Ayat suci Al Quran pada asasnya merupakan nur dan pedoman hidup umat Islam, bukanlah sekadar untuk diperlombakan atau digunakan untuk perhiasan. Namun jika digunakan untuk perhiasan hati dan budi maka ia lebih afdhal. Jika kebetulan ayat-ayat tertentu yang merupakan doa kita tampalkan ditempat yang bersih seperti di dalam kereta maka hukumnya harus atau boleh, kerana dengan cara demikian dapat mengingatkan diri kita akan anjuran agama. Namun jika tujuan pemasangan itu semata-mata untuk perhiasan maka ia berdosa.
Menampal Ayat Suci di Kereta [Info] Menampal Ayat Suci di Kereta [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 8:27:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.