Advertisement

Malu Tapi Mahu [Info]

بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Selamat pagi~

Alhamdulillah, saya masih lagi disini. Masih lagi diberikan kesempatan untuk saya dan sahabat² semua teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini, Isnin 12 October 2009 bersamaan dengan 23 Syawal 1430H. Berdua` semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dibawah berkat dan kasih sayang Allah SWT, ameen.

Hm, insya`Allah masih ada lagi lebih kurang seminggu untuk membolehkan kita sama² laksanakan puasa sunat 6. Ingat, wajib puasa qada` dahulu [niat puasa qada` je] dan disambungkan dengan puasa sunat 6. Jika tidak berkesempatan kerana bulan Syawal hanya tinggal beberapa hari je lagi [tinggal cukup² je nak ganti puasa 6 hari, Syawal pun tinggal 6 hari je lagi], puasa qada` tetap wajib dilaksanakan terlebih dahulu dan Insya`Allah pahala puasa 6 juga kita akan perolehi sebagai bonus~ Allahu`alam.

Sebelum saya teruskan dengan post yang terbaru pagi ni, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua sahabat yang selalu ziarah blog~ Yang sentiasa memberikan sokongan, pendapat dan sebagainya pada saya. Apa sahaja pendapat, kritikan dan sebagainya amatlah dialukan~ Insya`Allah akan diperbaiki. Satu lagi nak pesan ni~ Blog ni, kepunyaan perempuan/akhowat/ukhti~ Bukan kepunyaan lelaki/ikhwan/akhi~ Harap maklum, he. Apapun, terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada semua. Semoga disini ada manfaatnya, Insya`Allah.

Tanpa buang masa, jom kita baca artikel yang seterusnya~ Semoga bermanfaat, Insya`Allah. he

Malu Tapi Mahu

Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang. Halangan tersebut mungkin disebabkan malu, takut, rasa rendah diri atau sebagainya. Akhirnya si dia yang anda sukai itu menjadi milik orang lain. Dan akhirnya anda hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah, selamat pengantin baru!

Namun, jika dikaji sejarah hidup Rasulullah, kita boleh mempelajari sesuatu untuk mengatasi masalah itu.

Siapa tidak kenal dengan Ummul Mukminin Saidatina Khadtijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah dan orang yang paling berjasa kepada agama Islam. Beliau mula jatuh hati dengan Rasulullah setelah mendengar khabar tentang keperibadian Rasulullah semasa mengendalikan perdagangan miliknya.

Ramai yang beranggapan bahawa Khadtijah telah meminang Rasulullah. Sebenarnya, proses peminangan Khadtijah dijalankan seperti biasa mengikut adat istiadat Arab. Hamzah dan Abu Thalib (bapa-bapa saudara Rasulullah) adalah individu yang bertanggungjawab di dalam proses peminangan Khadtijah. Khadtijah pula diwakili oleh bapa saudaranya Amr Bin Asad.

Apa yang boleh kita contohi ialah cara Khadtijah menyampaikan hasrat hati beliau kepada Rasulullah. Khadtijah menggunakan perantaraan sahabat baik beliau, Nufaisah Binti Munya untuk menyampaikan maksud. Kaedah ini lebih mulia kerana dirinya sudah tentu tidak akan berasa malu kalau-kalau nabi menolak usulnya.

Dalam proses itu Nurfaisah mulu-mula merahsiakan nama Khadtijah. Beliau hanya menggunakan kiasan-kiasan untuk melindungi identiti sahabatnya. Apabila Rasulullah mula menunjukan tanda-tanda minat, barulah Nurfaisah menyatakan secara terang bahawa individu yang dimaksudkan itu adalah majikan Rasulullah sendiri. Apabila Rasulullah bersetuju, Nufaisah amat gembira dan berjanji akan membantu menguruskan semua hal dan tidak memberatkan Rasulullah.

Kemudian proses peminangan dan perkahwinan berlaku secara normal.

Kesimpulannya, cari seorang rakan yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah sekiranya anda berasa malu, segan, takut atau sebagainya di dalam menyampaikan hasrat hati.

Wallahu`alam.

Wassalam,

SahabatMusleem
Malu Tapi Mahu [Info] Malu Tapi Mahu [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 8:31:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. salam..baru tadi saya baca paparan ini, terjawap dengan total pertanyaan keliru blog sabahan ini. Pohon maaf jika menyinggung..sungguh tiada niat sebegitu.hanya perlu bagi kami kerana takut salah berbicara. tentang pendapat malu tapi mahu, saya menyokong idea ini. ada ketika kita amat perlukan orang tengah, tetapi kena hati-hati, lihat orngnya juga ya. harap sbtleem bertemu jodoh yang benar2 lelaki yg melindungi. Insyaallah..wanita baik pasangannya lelaki yang baik. Adapun mungkin jodohnya lelaki tak baik..itu Allah uji iman siwanita soleha itu.
    salam..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.