Advertisement

Kufur jika perlekeh nama Allah


Kufur jika perlekeh nama Allah

KUALA LUMPUR: Pengendali laman web songsang yang didakwa menyamakan manusia dengan Allah dan taksub kepada tafsiran menyeleweng ayat suci al-Quran dipercayai bergerak dalam satu kumpulan bertopengkan ajaran agama di selatan tanah air.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, berkata melalui maklumat diperoleh setakat ini, beliau tidak menolak kemungkinan laman web songsang itu dikendalikan satu kumpulan bergerak di sekitar Johor.

Bagaimanapun, menurutnya, kawasan menjadi markas operasi kumpulan terbabit sukar dikesan kerana mereka licik, namun pihak berkuasa agama sudah memantau pergerakannya.

“Saya difahamkan, mereka mengadakan kuliah berkaitan ajaran mereka dari rumah ke rumah dengan menggunakan kod jadi orang lain tidak mengetahui tempat terbabit, kecuali sesama mereka saja,” katanya.

Semalam, akhbar ini mendedahkan, laman web songsang itu memperkenalkan diri pengendalinya sebagai LayarBahtera, memuatkan tafsiran al-Quran mengelirukan dan merendahkan Allah dengan huraian dangkal termasuk berunsur kelucahan melampau.

Banyak ayat al-Quran ditafsirkan sesuka hati tanpa panduan, seperti ayat 40, surah al-Furqan misalnya, yang antara lain ditakwilkan dengan kejadian hujan lebat di Kota Tinggi, sedangkan perkataan kota terbabit langsung tiada disebut dalam kitab terjemahan dan tafsir yang sahih.

Pihak terbabit mendakwa sebelum ini ada ke Pejabat Agama Islam Johor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun ditolak.

Zamihan berkata, beliau pernah menghubungi orang penting kepada kumpulan terbabit dan menemubualnya melalui telefon.

Beliau yang juga aktif berceramah di pelbagai organisasi berkata, laman terbabit bukan saja bertentangan dengan jalan agama sebenar, malah mereka yang melakukannya dihukum kafir kerana melakukan penyekutuan Allah dengan makhluk, bahkan merendah-rendahkan kemuliaan Allah.

“Ijmak ulama mengatakan sesiapa (orang Islam) melakukan menyerupakan Allah dengan makhluk hukumnya kafir, tidak kira penyerupaan itu dalam bentuk percakapan, visual atau tulisan.

“Orang Islam yang memperlekehkan nama Allah dihukum kufur dan kena bertaubat. Hadis nabi pula mengatakan, orang yang menafsirkan ayat al-Quran sesuka hati akan masuk neraka,” katanya.

Sumber: Harian Metro.

Apela nak jadi ni~ Nau`zubillah

Wassalam,
SahabatMusleem
Kufur jika perlekeh nama Allah Kufur jika perlekeh nama Allah Reviewed by Julia Tarmidi on 12:10:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.