Advertisement

~Gempa Bumi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Gempa kuat yang berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang itu turut mengakibatkan lebih 4,000 mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Sehari sebelumnya, satu gempa berukuran 8.0 skala Richter mencetuskan tsunami setinggi 7.5 meter di Samoa, American Samoa dan Tonga di Kepulauan Pasifik yang mengorbankan 177 nyawa.

Dunia beberapa hari kemudian terus digegarkan dengan beberapa siri gempa termasuk di Mexico beberapa hari selepas itu yang berukuran 5.6 pada skala Richter, diikuti di Taiwan serta Filipina masing-masing dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter dan 6.5 skala Richter pada 4 Oktober lalu. Fiji turut digegarkan pada 3 Oktober dengan kekuatan 5.9 skala Richter dan bumi California sehari sebelum itu menerima gegaran dengan kekuatan 4.7 pada skala Richter.

Info: Tsunami 2004 yang mengorbankan 168,000 mangsa di Indonesia sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Wahai Allah~ 'SahabatMusleem'/ Ampuni dosa² kami, ameen!

'SahabatMusleem'/ Minggu lepas, tak silap saya. Ada terima SMS dari seorang sahabat. SMS yang berkaitan dengan gempa yang berlaku di Padang, Indonesia. SMS nya berbunyi begini:

Salam. Gempa Bumi di Padang terjadi pada pukul 17:16 & 17:58, dan hari berikutnya di Jambi pada 08:52. Cuba perhatikan terjemahan al-Quran ayat surah 17:16, 17:58 & 8:52. Allahuakbar! [Info dari website]

Lepas dapat info ni, terus saya tanyakan pada sahabat tuh. Dia kata, betul. Telah disemak. Surah yang ke 17, ayat 16 & 58. 'SahabatMusleem'/ Hm. Biasalah, jika SMS forward macamnikan. Kadang² kita perlu juga semak atau kaji semula. Apa lagi, terus disemak dengan tafsir al-Quran. Subhanallah! Memang betul makna yang telah dihuraikan dalam ayat tersebut. Kalau kita perhatikan jam gempa yang berlaku di Padang, iaitu pada pukul 17:16 & 17:58 waktu tempatan Indonesia. Ada kaitannya dengan ayat al-Quran yang Allah SWT turunkan. Iaitu surah yang ke 17 [al-Isra`], ayat 16. Firman Allah SWT:

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيراً

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.[Al-Isra`: Ayat 16]

Dan al-Isra`, ayat 58. Firman Allah SWT:

وَإِن مَّن قَرْيَةٍ إِلاَّ نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَاباً شَدِيداً كَانَ ذَلِك فِي الْكِتَابِ مَسْطُوراً

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). [al-Isra`: Ayat 58]

Satu lagi, kejadian di Jambi, Indonesia. Gempa berlaku pada jam 08:52 waktu tempatan Indonesia. Yang ni, saya dah semak juga. Tapi tak ingat surah mane. Cuba sahabat² semak surah yang ke 8, ayat 52. Astaghfirullahal a`zim. 'SahabatMusleem'/ Wahai Allah SWT, ampunilah dosa² kami wahai Allah tuhanku sekalian alam. Ameen!

'SahabatMusleem'/ Renung²kan. Allahua`lam.

Wassalam,
SahabatMusleemSahabatMusleem
SahabatMusleem
~Gempa Bumi ~Gempa Bumi Reviewed by Julia Tarmidi on 2:02:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. salam ziarah. wah. info yg menarik ukhti! tahniah yer. sy pun x sempat nak selak dan hayati ttg psamaan tuh.
    btw, sy punye shoutbox ade masalah. :(
    maka, ia dihentikan buat sementara waktu.
    rindu kat ukhti!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.