Advertisement

Dah Naik Harga~ [Rokok]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Yea Yeah! Harga rokok dah naik~

Selamat petang~!Tak p makan ke? Saya xpe, sebab dah kenyang dengan blog. he Hm, pagi tadi dengar radio. Hot.fm. Budak umah p pasang. Nape entah dia bangun awl pagi ni~ he. Dengarla si Fafau [Farah Fauzana] membebel dgn sape tuh? Faizal Ismail. Pasal isu ni lah, rokok naik. hm. Betul lah, harga rokok dah naik. Tapi ingatkan semalam. Rupenya baru berkuat kuasa hari ni. Mesti semalam, ramai yang berpusu² beli stok rokok [harga biasa] untuk elakkan beli rokok mahal hari ni kan? heheh. Macam minyak naik dululah. Esok naik, hari ni ramai yang p beli minyak banyak². Beratur²! :2:)

Ape yang saya dengar, harga rokok dinaikkan sebatang 1sen. Murah je kan kalo dengar macamni. Tak tahulah macamane diorang ni kira. Sekotak ade yang cecah sehingga RM10. Ade yang RM6 lebih. Ingatkan semua rokok harga dia RM10. Rupenye ade rate juga~. Bagus². Semoga berjaya dengan idea baru ni. Entah siapa punye idea, naikkan harga ni. Ramai yang sokong dalam radio tadi. Alhamdulillah lah. Tapi ada seorang pendengar ni, talipon lah kan. Dia kata, `dulu memang hisap rokok.` Dah tiga tahun katanye tinggalkan rokok. Farah dengan Faizal tu tanyelah, `dalam tiga tahun tu xpernah sentuhla rokok ni.` `Ye`, pendengar tu kata. `Saya tak pernah sentuh langsung.` Baguslah kan. Contohlah dia ni. he. Tapi. Tapi katanya, sekarang ni dok hisap rokok balik. Alah~ Nape hisap balik. Sebab terpengaruh dengan kawan². Hish! Ingatkan dah berenti terus. Pastu, pendengar tuh bagitahu. `Hah, tulah. Terpengaruh. Haramkan je rokok. Senang!`. Itu pendapat dia. Pendapat saya pulak, tutup je kilang rokok~ he.

Oklah, tu je sebenarnye nak bagitau. Hm. Tadi sebelum post, cari² jugalah artikel pasal harga rokok naik kat berita online. Tak jumpe pun. Huh! Mane p huh? he. Ok, selamat makan pada siapa yang tengah makan~ Jumpe lagi, Insya`Allah.

Wassalam,
SahabatMusleem
Dah Naik Harga~ [Rokok] Dah Naik Harga~ [Rokok] Reviewed by Julia Tarmidi on 1:13:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. aslkm siapa yang akan mengharamkan rokok.kerajaan atau diri sendiri.sebagai seorang mukallaf diri sendiri yang bertanggungjawab dihadapan tuhan nanti.tak kan diwaktu itu hendak menyalahkan kerajaan.bila islam meletakan ianya haram maka diri sendirilah yang akan dipertanggungjawabkan.
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. rokok adelah 1 penyakit ketagihan.. naikkn la hrga die cmne skali pn permintaan terhadap rokok xpenah berkurg.. lagi naik ade la.. kerajaan nk haramkan? mmpi la.. mn kerajaan nk dapat duit cukai sm ngn cukai rokok..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.