Advertisement

Ayah Yang Derhaka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


'SahabatMusleem'/ Pagi~

Alhamdulillah, 'SahabatMusleem'/ syukur kita pada Allah SWT kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk kita teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. Rabu 14 October 2009 bersamaan dengan 25 Syawal 1430H. Hm, dah masuk hari yang ke 25 Syawal. Kepada sesiapa yang berpuasa diluar sana tu, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga sentiasa berada didalam rahmat Allah SWT, ameen.

'SahabatMusleem'/ Hujan~ Sejuknye pagi ni.. 'SahabatMusleem'/ 'SahabatMusleem'/ 'SahabatMusleem'/ Sejuk giler. Tapi, mandi tetap kena. Kalau tidak, nak jadi apa kalo tak mandi. he. Alhamdulillah, hujan pagi² ni. Jangan mengeluh kalau hujan sebab hujan itu adalah satu rahmat dari Allah SWT pada kita. Syukur~ End.

'SahabatMusleem'/ Ayah yang derhaka? Selalunya, yang biasa kita dengar adalah anak yang derhaka. Anak yang derhaka pada kedua ibu bapanya. Jarangkan kita dengar, ayah yang derhaka~ 'SahabatMusleem'/ Macamane eh, seseorang tu [ayah] derhaka pada anaknya? Hm. Tadi cek emel. Jumperlah artikel ni. Ayah Yang Derhaka~ Tergerak hati pula nak post pasal ni. Mesti ada yang tak pernah dengar tu, teringin sangat nak tau pasal ni. kan? kan? 'SahabatMusleem'/ Ape lagi, jom² baca. Artikel ni ditujukan khusus buat kaum lelaki diluar sana~ 'SahabatMusleem'/ he. Semoga bermanfaat, Insya`Allah.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang ayah akan menjadi ayah yang derhaka pada anak-anaknya ;

1) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak²nya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri.Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak² mengikut acuan islam dengan iman dan taqwa.

2) Seorang ayah yang tidak mengajar anak² membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.

3) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sumber yang diragukan.Rezeki yang di perolehi di bawa pulang dan diberi makan pada anak dan isteri dan kemudian menjadi darah daging mereka. Lama kelamaan anak-anak dan isteri menjadi gelap hati dan sukar menilai dan menerima kebaikan lagi.

4) Seorang ayah yang terlalu memenuhi keinginan duniawi anak²nya secara melampaui batas, segala kemahuan dituruti tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Bila mana anaknya membesar menjadi insan yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain hatta keluarganya sendiri.

Renung-renungkanlah saudaraku..

Kadang² bila di dalam hidup kita dirundung masalah yang tidak pernah putus², cuba kita muhasabah diri bagaimanakah hubungan kita dengan Allah selama ini dan bagaimanakah hubungan kita dengan ibu dan ayah kita.

Cubalah koreksi diri sendiri adakah solat kita sempurna, rezeki yang kita perolehi selama ini adakah berkat, dan adakah kita telah mengeluarkan zakat.

Mungkin selama ini hati kita masih lagi kotor dengan dosa yang kita lakukan tanpa pernah bertaubat.Ayuhla semua dirikan solat sunat taubat semoga diri kita, keluarga kita, anak² kita dikurniakan hati yang bersih, barulah kebahagiaan akan dapat kita kecapi.

Renung-renungkanlah...

'SahabatMusleem'/ Habis dah~

Wassalam,
SahabatMusleemSahabatMusleem
SahabatMusleem
Ayah Yang Derhaka Ayah Yang Derhaka Reviewed by Julia Tarmidi on 8:01:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.