Advertisement

Ashabul Kahfi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين



'SahabatMusleem'/ Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Rabu 7 October 2009 bersamaan dengan 18 Syawal 1430H. Syukur pada Allah SWT kerana masih diberikan kesempatan untuk saya dan sahabat semua menjalani kehidupan seperti biasa. Insya`Allah semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga kita sentiasa berada dibawah kasih sayang Allah SWT, ameen. Tapi, dua`kan saya semoga cepat sembuh ye. 'SahabatMusleem'/ Sebab sekarang kurang sihat~ Ameen!

Tadi, 'SahabatMusleem'/ saya explore lah blog saya sendiri. Saje baca post² lama. Pastu terbacalah satu komen dari seorang sahabat ni. Dia kata dia suke baca artikel tentang Ashabul Kahfi dan lain². Lebih kepada sejarah para sahabat Nabi SAW lah. Hm. 'SahabatMusleem'/ Jadi tergerak hati saya pagi ni nak post pasal Ashabul Kahfi. Tapi, artikel ringkas jela ni. Oklah, tanpa buang masa. Jom sama² kita baca. Moga ada manfaat, Insya`Allah.

Ashabul Kahfi

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Wassalam,
SahabatMusleem
Ashabul Kahfi Ashabul Kahfi Reviewed by Julia Tarmidi on 9:04:00 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.