Advertisement

Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa


Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa

Hadith :

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di-syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang² yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang² yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”(Bukhari & Muslim)

Huraian

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukan-nya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang² yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

Sumber: Taman² Syurga
Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa Reviewed by Julia Tarmidi on 7:54:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.