Advertisement

Sujud Tilawah [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Kembali~

Syukur pada Allah SWT, kerana masih lagi diberikan kesempatan sehingga hari ini. Selasa 29 September 2009 bersamaan dengan 10 Syawal 1430H. SahabatMusleem Masih mood raya ke ape ni? Kalau mood raya masih ade lagi, ape salahnye kan? SahabatMusleem Sebab raya kan sebulan. Banyak ke dapat duit raya? Sesape yang makin tua umurnya, makin sikit duit raya yang dapat~ SahabatMusleem kan? kan? he. Saya, dapat dari sepupu RM5! SahabatMusleem ahhaha. tu jela kalo ikot kan. Alhamdulillah lah, ade orang nak kasi atas dasar kesian. he. Oklah, kalau nak cerita pasal raya kat sini, memang tak habis lagi ni. Jadi, jom terus ke artikel yang saya nak post pagi ni. Sujud Tilawah. Apa itu sujud tilawah dll. Semoga bermanfaat, Insya`Allah~

Sujud Tilawah

Sujud Tilawah dapat dilakukan apabila seseorang membaca ayat Al Qur'an dan tiba pada tempat-tempat yang dianjurkan bersujud, baik dalam solat atau diluar solat. Dalam sujud dianjurkan membaca:

Sajada wajhiya lilladzi khalaqahu wasyaqqa sam'ahu wabasharahu bihawlihi waquwwatihi.

"Aku bersujud kepada Allah yang menciptakannya, memberikan pendengaran dan penglihatan dengan kekuasaan dan kekuatan-Nya".

Bila sujud tilawah dilakukan di luar solat, pembaca ayat yang ditentukan melakukan sujud Tilawah, maka pendengar (menyaksikan) dianjurkan ikut bersujud; bila mereka tidak ikut bersujud, maka tidak akan berdosa baginya.

Bila dalam solat berjamaah dan Imam bersujud Tilawah, maka makmum wajib ikut bersujud, bila makmum tidak bersujud, maka gugurlah kedudukan sebagai anggota solat berjamaah.

Wassalam,
SahabatMusleem
Sujud Tilawah [Info] Sujud Tilawah [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 10:26:00 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.