Advertisement

Fadhilat Ramadhan [4]


Sumber: Taman² Syurga

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ' Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa dari ibadatnya kecuali berjaga malam'.
Huraian Ringkas

Ada beberapa pendapat ulama di dalam mensyarahkan hadis ini.

Pertama, yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah orang yang berpuasa sepanjang hari tetapi berbuka dengan sumber yang haram. Sebanyak mana dia telah mendapat pahala dari puasanya, dosanya yang didapati kerana memakan makanan yang haram lebih besar dari itu lagi maka dia tidak mendapat apa-apa selain dari berlapar sepanjang hari. Kedua, yang dimaksudkan ialah dia yang berpuasa tetapi sentiasa terlibat di dalam mengumpat. Ketiga, dia yang tidak menjaga dirinya dari dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Kata-kata Nabi s.a.w. adalah Jami' ( lafaznya sedikit tetapi membawa maksud banyak ). Semua pendapat-pendapat di atas dan perkara yang lain termasuk di dalam maksud sabdaan baginda tersebut.

Demikian juga dengan berjaga malam.. Sepanjang malam berjaga beribadat tetapi kerana bersuka-suka, telah mengumpat atau melakukan apa-apa perbuatan bodoh yang lain sehingga semua pahala berjaga itu menjadi sia-sia. Contohnya membiarkan solah subuh berlalu sehingga terpaksa di qadha ataupun berjaga semata-mata kerana riak dan kemasyuhuran maka itu sememangnya sia-sia.

Semoga Allah s.w.t. menerima puasa kita dan ibadat kita , Insya`Allah.
Fadhilat Ramadhan [4] Fadhilat Ramadhan [4] Reviewed by Julia Tarmidi on 7:58:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.