سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جوڬ ڤرنه ملمڤاوءي باتس اونتوق ديري سنديري. سأندايڽ سساورڠ ايت هاڽ داڤت منيمڤأيكن دعوة اڤابيلا دي سمڤورنا، نسچاي تيدق اكن اد ڤندعوه، مك اكن جادي سديكيتله اورڠ يڠ ممبري ڤريڠاتن

I am Musleem

Semua paparan atau tulisan didalam blog ini kebanyakannya diambil dari pelbagai sumber untuk koleksi bacaan dan tatapan kita bersama sebagai hamba Allah SWT.. وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمو "..dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah تعالى )." (QS. Luqman: 17)" عن ابي حمزة انس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم عن نبي صلي الله عليه وسلم قال لا يؤمن احدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه Maksudnya, drp abu hamzah anas ibn malik r.a khadam Rasulullah SAW bersabda: Seseorang kamu masih belum benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri إذا أحب أحدكم أخاه فليخبره. Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mengasihi saudaranya, maka dia hendaklah memberitahu saudaranya itu.”

Sejarah ringkas Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Sejarah ringkas Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A

Sayidina Abu Bakar As-Siddiq ialah sahabat Rasulullah yang paling setia dan merupakan lelaki pertama yang memeluk Islam.Beliau digelar "As-Siddiq" yang bermaksud "sentiasa membenarkan" kerana beliau senantiasa membenarkan apa sahaja kata-kata nabi.Beliau juga merupakan sahabat karib Rasulahllah saw sejak sebelum baginda diangkat menjadi Rasul lagi.Sayidina Abu Bakar As-Siddiq kemudianya dilantik menjadi khalifah yang pertama selepas kewafatan Rasulullah

Pemerintahanya bermula dari tahun 632 Masihi hingga 634 Masihi yang berpusat di Madinah.Para sahabat telah melantik Sayidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama kerana kelebihan:

a)beliau sahabat Rasulullah yang pertama memeluk Islam dan tertua.

b)beliau mempunyai iman yang lebih mantap berbanding sahabat yang lain.

Semasa pemerintahannya ,beliau berjaya menghadapi cabaran daripada nabi-nabi palsu dan golongan murtad.Beliau turut berusaha menentang ancaman tentera Rom dan Parsi.Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dianggapsebagai penyelamat umat Islam kerana berjaya menyatupadukan umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Komen Update

Widget

Baca al-Quran online diSINI

Iklan