سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جوڬ ڤرنه ملمڤاوءي باتس اونتوق ديري سنديري. سأندايڽ سساورڠ ايت هاڽ داڤت منيمڤأيكن دعوة اڤابيلا دي سمڤورنا، نسچاي تيدق اكن اد ڤندعوه، مك اكن جادي سديكيتله اورڠ يڠ ممبري ڤريڠاتن

I am Musleem

Semua paparan atau tulisan didalam blog ini kebanyakannya diambil dari pelbagai sumber untuk koleksi bacaan dan tatapan kita bersama sebagai hamba Allah SWT.. وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمو "..dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah تعالى )." (QS. Luqman: 17)" عن ابي حمزة انس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم عن نبي صلي الله عليه وسلم قال لا يؤمن احدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه Maksudnya, drp abu hamzah anas ibn malik r.a khadam Rasulullah SAW bersabda: Seseorang kamu masih belum benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri إذا أحب أحدكم أخاه فليخبره. Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mengasihi saudaranya, maka dia hendaklah memberitahu saudaranya itu.”

Hadith Sahih Riwayat Muslim

BAB KEIMANAN

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْجَطَابِ قَلَ
بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِ
شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ
وَلا يَعْرِفُهُ مِنَا
أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَسْنَدَ رَكْبَتَيْهِ إِلَى رُكَبَتَيْهِ
قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَالَهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الايِنَانِقَالَ أَنْ تُؤْنِنَ بِا الله وَنَلاىكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْنِ الاخِرِ تُؤْنِنَبِالقَدَرِخَيْرهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْدَفَأَخْبِرْنِى عَنِ الاحْسَانِقَالَ اَنْ تَعْبُدَ الله كَانَكَ تَرَاهُ فَانْ لَنْ تَكُنْ تَرَاهُ فَأنَّهُ يَرَاكَقَالَ فَأَخْبِرْنِى عَنِ السَّاعَةِ قَالَ نَا النُسؤُلُ عَنْهَا بِأعْلَنَ نِنَ السَّاىلِ قَالَ فَأخْبِرْنِى عَنِ أَنَارَتِهَاقَالَ أَنْ تَلِدَ الانَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاء الشَّاءِيَتَطَاوَلوُنَ فِى الْبُنْيَا قَالَ ثُنَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ نَلِيَّا ثُنَّ قَالَ لِى يَاعُنَرُا
تَدْرِى نَنِ السَّاىلُ قُلْتُ الله وَرَسُولُهُ اعلن قال فانه جبريل اتاكن يعلنكن دينكن


Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?Maka berkata Rasulullah s.a.w. : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.Sipemuda : Benar katamu.( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )Sipemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman ?Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.


Bab Asas (Rukun) Islam

عَنْ عَبْدِالله قاَلَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَّلَمَ بُنِىَ الاسْلامُ عَلَى خَنْسٍشَهَادَةِ أَنْ لا اله الا الله وَأَنَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُوَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيَتَ ءِالذَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Dari Abdullah bin Umar, katannya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:Islam itu dibina atas lima perkara; dua kalimah syahadat, menegakkan sembahyang, mengeluarkan zakat,mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan

Hadis sahih riwayat Muslim


عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عَمْرٍ وأَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ الله عَلَيْهِ وَسَّلَّمأَيُّ الاسْلامِ خَيْرٌ قَلَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Dari Abdullah bin Amr, katanya : Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.katanya: "Perbuatan apakah yang sebaik-baiknya dalam Islam?"Jawab Rasulullah s.a.w. :"Mendermakan makanan, dan memberi salam kepada orang yang telah dikenal dan belum engkau kenal."

Hadis sahih riwayat Muslim.


Bab syarat masuk syurga


عَنْ جَابِرٍ قَلَ أَتَى النَّبِىَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَّلَمَ النُّعْمَانُ بْنُ قَوْقَلٍ فَقاَلَ يَارُسوْلَ اللَّهأَرَأَيْتَ إِذَاصَلَّيْتُ النَكْتُوبَةَ وَحَرَّمْتُ الْحَرَاموَأَحْلَلْتُ الْحَلالَ أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَفَقَالَ النَّبِى صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وسَّلَّمَ نَعَنْ

Dari Jabir, katanya: Rasulullah s.a.w. didatangi oleh Nu'man bin Qauqal katanya:"Harap penjelasan tuan, apabila saya mengerjakan sembahyang wajibdan menghalalkan yang halal serta mengharamkan yang haram,apakah mungkin saya akan masuk syurga? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ya

Hadis Sahih Riwayat Muslim


Bab malu adalah sebahagian daripada iman

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِى صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَّلَمَ قَلَ الا يْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةُ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الايِمَانِ

Dari Abu Hurairah r.a. , katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. :Keimanan itu mempunyai cabang lebih dari tujuh puluh dan sifat malu itu satu cabang dari keimanan

Hadis sahih riwayat Muslim


Iman paling rendah

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّماَلايْمَانَ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوبِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَاقَوْلُ لا اِلَهَ الا الله وَأَدْ نَاهَا اِنَاطَةُ الا ذَى عَنِ الطَّرِيْقِوَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الايْمَانِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. :"Keimanan itu mempunyai cabang-cabang lebih dari enam puluh atau tujuh puluh yang terutama dengan ucapan Lailaha illallah, dan serendah-rendahnyamenyingkirkan gangguan dari jalan, sifat malu itu satu cabang dari keimanan.

Hadis sahih riwayat Muslim


Muslimin yang baik

عَنْ عبد الله بن عُمْرِو بْنِ العَاصِ يَقُولُ اِنَّ رَجُلاسَأَلَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّن أَتَى الْمُسلِمِيْنَ خَيْرٌ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنَ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Dari Abdullah bin Amr bin Ash katanya: Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : "Siapakah yang terbaik di antara kaum muslimin ini?"Jawab Rasulullah s.a.w. : "Ialah kaum muslimin yang terhindar dari bencana lidah dan tangannya"

Hadis sahih riwayat Muslim


Cinta kepada Rasulullah s.a.w.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ
Dari Anas bin Malik r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga cintanya kepadaku melebihicintanya kepada anaknya, bapanya dan sekelian manusia."

Hadis sahih riwayat Muslim


Memuliakan jiran dan tamu

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّن قَالَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَوْمِ الاخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْلِيَصْمُتْوَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَومِ الاخِرِ فلْيُكْرِمْ جاره وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَالْيَومِ الاخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
Dari Abu Hurairah r.a. , katanya: Sabda Rasulullah s.a.w. :"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam ,barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan jirannya,barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."

Hadis sahih riwayat Muslim


Sifat munafiq

عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَمْرٍوقَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم اَرْبَعٌ مِنْ فِيْهِ كَانَ مُنَا فِقَا خَالِصًا وَمِنْ كَانَتْ فِيْهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّكَانَتْ فِيْهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَااِذَا حَدَثَ كَذَبَ وَاِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَاِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَاِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Dari Abdullah bin Amr, katanya: "Bersabda Rasulullah s.a.w. .: "Barangsiapa ada padanya empat perkara, adalah dia munafiq yang nyata, dan barangsiapa yang ada satu dari itu sebelum ia tinggalkannya:Apabila berkata ia dusta, apabila menjamin ia khianati,apabila berjanji ia mungkir, apabila bertengkar ia mengeji"."

Hadis sahih riwayat Muslim


Peringatan kepada kaum wanita

عَنْ عَبْدِالله بْنِ عَمْر عنَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم أَنَّهُ قَالَ يَامَعْشِرَ النِّسَاءِ تَصَدَّ قْنَ وَأَكْثِرْنَ الا سْتِغْفَارَفَأِنِّىرَأَ يْتُكُنَّ اَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرأَةٌ مِنهُنَّ جَزْلَهٌوَمَاَلنَا يَرَسُولُ الله أَكْثَرَ اَهْلَ النَّارِقَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ العَشِيْرَوَمَا رَايْتُ مِنْ مَا قِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَغْلَب لِذِى لُبٍّ مِنْكُنَّ قَالَتْ يَارَسُولَ الله وَمَانُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّيْنِ قَالَ أَمَا نُقْصَانُ العَقْلِ فشهادة امراتين تعدل شهادة رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيالِى مَا تُصَلِّىوَتُفْطِرُ فِى رَنَضَانَ فَهذَا نُقْصَانُ الدِّيْنِْ

Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun, kerana saua lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah, apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami, dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agamayang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki, dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulanRamadhan , inilah maksud kurang agama".

Hadis sahih riwayat Muslim


Kepentingan solat dan batas kekufuran

عَنْ جَابِر بْنِ عَبْدِ الله يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُولُ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّركِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاةِ

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Batas antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran ialah meninggalkan solat

Hadis sahih riwayat Muslim


BAB SYURGA

عَنْ أَبِى سَعِيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَأَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِيْنَ هُمْ أَهْلُهَا فَأِنَّهُمْ لا يَمُوتُونَ فِيْهَا وَلا يَحْيُوْنَوَلَكِنْ نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ قَالَ بِخَطَايَاهُمْفَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً حَتَّ اِذَاكَانُوا فَحَمَا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ فَجِئَ بِهِمْ صَبَائِر فَبُشُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ ثُمَّ قِيْلَ يَاأَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيْضُوا عَلَيْهِمْفَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحَبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ

Dari Abu Said, katanya " :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghunu neraka yang abadi,selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup menderita. Tetapi ada pulakaum yang dibakar sekadar dosanya, kemudian di matikan, setelah menjadi arang, datanglah pembelaan. Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok lalu diseahkan kepada sungai syurga, kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkandan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar dibawa oleh air bah."

Hadis sahih riwayat Muslim


BAB NERAKA

عَنْ النعمان بْنِ بَشِيْر يَخْطُبُ وَهُوَ يَقُالُ سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَيَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَهِلَرَجُلٌ تُوضَغُ فِى أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِيَغْلِى مِنْهُمَا دِمَاغُهُ
Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni nerana pada hari kiamatialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya, yang mendidih otaknya kerana kepanasan".

Hadis sahih riwayat Muslim


Bab gangguan syaitan dalam solat

عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَحَدُ كُمْ إِذَا قَانَ يُصَلِّى جَاءَهُ الشَّيْطَنُ فَلَبَسَ عَلَيْهِ حَتَّى لا يَدْرِى كُم صَلَّى فَاِذَا وَجَدَ ذلِكَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْجُدْسَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasululllah s.a.w. : Apabila salah seorang di antara kamu berdiri hendah sembahyang,sesungguhnya syaitan itu mendatanginya , lalu membimbangkannya,sehingga orang itu tak tahu berapa rakaat yang telah dikerjakan. Apabila di antara kemu mengalami yang demikian itu, hendahlahia sujud sahwi dua kali duduk."

Hadis sahih riwayat Muslim

Bab syaitan lari mendengar azan

عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ حَدَّ ثَهُمْ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نُودِى بالاذَانِ أَدْ بَرَالشَّطَانُ لَهُ ضُرَطٌ حَتَّى لا يَسْمَعَ الاذَانَ فَاِذَا قُضِىَ الاذَانُ أَقْبَلَ فَاِذَا ثُوبَ بِهَا أَدْبَرَ فَاِذَ قُضِىَ الْتَثْوِيْبُ أَقْبَلَ يَخطُرُ بَيْنَ المَرْءِ وَنفْسِهِ يَقُوْلُ اذْكُرْ كَذَااذْكُرْ كَذَا لِمَالَمْ يَكُنْ يَذْكُرُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ إنْ يَدْرِى كُمْ صَلَّى فَاِذَا لَمْ يَدْرِ أَحَدُكُمْ كَمْ صَلَّى فَليَسْجُدْ سَجْدَ تَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya ; "Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila orang azan syaitan itu lari sambil terkentut-kentut sampai ia tak mendengar suara azan itu;setelah azan selesai , syaitan itu kembali pula,dal lari lagi takala ia mendengar suara iqamat, kemudian ia kembali lagi, dan ketika itu terlintaslahdalam hati orang yang sembahyang berlbagai soalkerana syaitan itu membisikan kepadanya,ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal yang tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang,sehingga orang itu ragu berapa rakaat yang telah sudah.Sabda Rasulullah s.a.w. pula ; "Apabila di antara kamu ragu berapa rakaa yangtelah sudah, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk."

Hadis sahih riwayat Muslim


Himpunan Hadith bab bersuci

عَنْ عَاـشَةَ اَنَّ رَسُوُلُ الله صَلَّى الله وَسَلَّمَكَانَ اِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَجُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلاةِ قَبْلا أَنْ يَنَامَ

Dari Aishah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. apabila hendak tidur sedang ia dalam judub, beliau berwudhu' lebih dahulu sepeti wudhu' akan sembahyang Hadis sahih riwayat Muslim
عَنْ أَبِى سَعَيْدٍ الْخُدْرِى قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَّلَمَاِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ ثُمَّ أَرَادَ أنْ يَعُودَ فَلْيَتَوَضَّأَ
Dari Abu Sa'id Al Kudri, katanya : "Bersabda Rasululullah s.a.w. : "Apabila bersetubuh salah seorang kamu dengan isterinya , kemudian ia akan berbuat lagi, maka hendaklah ia mengambil wudhu' lebih dahulu."

Hadis sahih riwayat Muslim

1 comment:

  1. COBA CHECK Di web INI

    http://bloghakekatku.blogspot.com/

    Bela islam
    thx


    dody kelapa gading

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Komen Update

Widget

Baca al-Quran online diSINI

Iklan